MEI 2023

Ucapan Hari Wesak 2023 Daripada YAB Premier Sarawak


UCAPAN SELAMAT HARI WESAK 2023

daripada

YAB PREMIER SARAWAK

DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG

Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang, 

Hari Wesak yang disambut esok 4 Mei oleh penganut Buddha merupakan perayaan terpenting bagi penganut-penganut agama Buddha. 

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh Sarawak. 

Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha. 

Sempena Hari Wesak pada tahun ini saya amat berharap semua penganut agama Buddha di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya akan terus berusaha untuk mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Sarawak.

Kerajaan GPS pimpinan saya akan terus memastikan hak, kebebasaan beragama dan kepentingan semua kaum di negeri ini terpelihara selaras dengan dasar keterangkuman ini di bawah Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). 

Penubuhan UNIFOR merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan dasar keterangkuman ini yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan kewangan tetapi merangkumi usaha untuk menyatukan masyarakat pelbagai agama dan kaum di negeri ini.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini terus membawa kebahagian dan keharmonian kepada Sarawak dan seluruh rakyatnya, khususnya penganut-penganut agama Buddha.  

Sekian, Terima Kasih.

Sumber dari : Sarawakku